Isnin, 17 September 2012

Manaqib Al Qutb Al 'Arif Billah Habib Abdul Qader As Saggaf RA


                           




                           Al Qutb Al 'Arif Billah Habib Abdul Qader As Saggaf RA
                          Salah seorang yang sampai kepada maqam Wali Qutub




     
 Nama 'ulama besar yang kita cintai ini ialah Al Qutb Al ‘Arif Billah Habib ‘Abdul Qadir bin Ahmad bin ‘Abdurrahman bin ‘Ali bin ‘Umar bin Saqqaf bin Muhammad bin ‘Umar bin Thoha as-Saqqaf seterusnya bersambung nasabnya kepada Sayyidul Wujud Muhammad   صلى الله عليه وآله وسلم .

Dilahirkan di kota Sei`un (سيؤن) atau Seiwun, Hadramaut pada bulan Jumadilakhir 1331H/1913M. Beliau lahir dari keluarga yang soleh. Ayah beliau iaitu Habib Ahmad bin ‘Abdurrahman bin ‘Ali bin ‘Umar bin Saqqaf bin Muhammad bin ‘Umar bin Thoha as-Saqqaf, adalah seorang ulama ‘arifbillah. Begitu juga dengan ibu beliau, Syarifah ‘Alawiyyah binti al-Habib Ahmad bin Muhammad al-Jufri, seorang wanita solehah yang cinta pada kebajikan.

Ayah beliau Habib Ahmad As Saggaf merupakan seorang ulama terkemuka di Hadhramaut yang merupakan murid kepada al-‘Arifbillah Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi, pengarang kitab Maulid Simthud Durar dan Habib ‘Ali al-Habsyi pernah berkata: Al-Habib Ahmad bin ‘Abdurrahman adalah Imam Wadi al-Ahqaf (Hadhramaut). Ayah beliau wafat setelah menunaikan sholat ‘asar, petang hari Sabtu, 4 Muharram 1357. Manakala ibu beliau wafat pada 23 Rejab 1378 H iaitu bersamaan dengan hari kewafatan  al-Habib Salim bin Hafidz bin ‘Abdullah, iaitu datuk Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz Ba ‘Alawi.


( Isyarat daripada Habib ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi soheb Simtud Duror )

     Ketika ibu beliau sedang mengandung dan melahirkan bayi lelaki, bayi tersebut telah diberi nama ‘Abdul Qadir atas isyarat daripada al-Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi, namun tidak lama kemudian bayi tersebut meninggal dunia. Tatkala Syarifah ‘Alawiyyah mengandung lagi dan melahirkan seorang bayi lelaki, Habib ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi juga mengisyaratkan agar bayi tersebut diberi nama Abdul Qadir. Dan Habib ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi mengatakan bahwa bayi ini kelak akan menjadi orang yang mulia yang mengabdikan hidupnya untuk taat kepada Allah dan menjadi seorang yang dihiasi dengan ilmu, amal dan ihsan.


( Pendidikan )

Habib ‘Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf mendapat pendidikan dari ayah beliau sendiri. Menurut cerita yang disampai Baba ‘Abdul Aziz ( seorang tokoh ulama Kelantan ) yang berpeluang menziarahi beliau sewaktu menunaikan umrah tahun lepas, beliau berkata: “Habib al-Qadir bin Ahmad as-Saqqaf, telah mengkhatam ratusan buah kitab ketika usianya masih belasan tahun di bawah didikan ayah beliau sendiri.

Selain daripada belajar dengan ayahnya,  beliau juga belajar dari ramai ulama lain, antaranya:

• Syeikh Taha bin Abdullah BaHamid.
• Syeikh Hasan bin ‘Abdullah BaRaja, ketika di Madrasah an-Nahdhatul ‘Ilmiyyah.   Dari guru beliau ini, beliau menghafal al-Quran serta menguasai Qira’ah as-Sab’ah.
• Al-Habib Umar bin Hamid bin Umar As-Saqqaf
• Al-Habib ‘Umar bin ‘Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf
• Al-Habib ‘Abdullah bin Aidarus al-Aidarus
• Al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Habsyi
• Al-Habib Hussin bin ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Habsyi
• Al-Habib ‘Abdul Baari bin Syeikh al-Aidarus
• Al-Habib Muhammad bin Hadi as-Saqqaf (foto atas)
• Al-Habib ‘Abdullah bin Umar bin Hamid as-Saqqaf
• Al-Habib Hasan bin Ismail bin as-Syeikh Abi Bakar bin Salim
• Al-Habib Hamid bin ‘Alwi al-Bar dan ramai lagi


( Murid-murid beliau )

Beliau adalah guru kepada ramai ulama. Tambahan lagi beliau dikurniakan Allah dengan umur yang panjang, maka ramailah ulama yang dapat mengambil faedah dari beliau. Antara murid-murid beliau yang ramai itu :
• as-Sayyid Muhammad bin 'Alawi al-Maliki رضي الله عنه وأرضاه
• Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Sumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته
• Al-Habib Salim bin ‘Abdullah bin ‘Umar asy-Syathiri حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته
• Al-Habib Abu Bakar al-Adni bin ‘Ali al-Masyhur حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته
• Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته
• Al-Habib ‘Ali bin ‘Abdurrahman al-Jufri حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته
• Al-Habib Muhammad bin ‘Abdurrahman as-Saqqaf حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته

( Berdakwah dan menyebarkan ilmu )

Setelah kewafatan ayahnya, beliau meneruskan usaha untuk menyebarkan ilmu dan dakwah. Namun apabila Yaman Selatan dikuasai oleh regim komunis, maka keadaan bertukar menjadi sukar. Para ‘alim-ulama tiada lagi kebebasan untuk berdakwah. Dan mereka dijadikan sasaran kekejaman regim komunis.

Pada bulan Rabi’ ats-Tsani tahun 1393H, beliau pergi ke Aden dan tinggal di sana selama sebulan. Setelah itu beliau keluar dari tanah airnya yang dikuasai komunis untuk ke Singapura. Pada bulan Jumadilawwal 1393H, beliau pergi ke Indonesia.

Dari Indonesia, beliau seterusnya ke Makkah dan menetap di sana. Seterusnya meneruskan rehlah dakwahnya ke Lubnan, Syria, Mesir, Nairobi, Kenya, Juzur al-Qamar (Comoros) dan Tanzania. Kemudian kembali ke Kenya dan seterusnya pada bulan Ramadhan 1394H beliau kembali semula ke Makkah dan menetap di Jeddah. Selepas itu beliau gigih dan tekun menjadi pengasuh majlis-majlis ilmu di Makkah, Madinah dan Jeddah. 


( Keperibadian )

Beliau adalah seorang yang sangat  ‘alim, wara, ‘abid, dan berakhlak mulia. Ketinggian akhlaknya mampu menawan hati sesiapa sahaja. Kedalaman dan keluasan ilmunya, kewarakannya, kebijaksaannya dalam menyampaikan ilmu dan dakwah menyebabkan beliau dicintai dan dihormati. Pendek cerita, beliau mewarisi sifat-sifat datuknya yang mulia, Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Diceritakan bahwa Hamka pernah menziarahi beliau sewaktu di Jeddah, dan setelah berbicara dengan beliau, akhirnya Hamka mengakui bahawa Baitun Nubuwwah Bani Zahra min Ali masih wujud dan berkesinambungan dalam darah para saadah Bani Alawi.

Mengenai kedalaman ilmunya, diceritakan oleh bapa sudara  Habib Sholeh Al Aydrus bahwa Habib ‘Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf pernah menjadi rujukan ‘Ulama al-Azhar disekitar tahun 70an dahulu.



MasyaAlloh!


( Kewafatan )

Beliau  wafat pada hari Ahad, 19 Rabi’al-Akhir 1431H bersamaan 4 April 2010, di Jeddah pada usia 100 tahun. Dan dimaqamkan di Baqi'.
  



QASIDAH ULAMA TERHADAP BELIAU :


ياوارد البحر الذي فيه الدرر توجد * أورد فهذا بحر عبد القادر بن احمد

سليل بيت المجد زاكي الأصل والمعتد *وخليفة الاجداد

عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد

كم كنت أتمنى أشاهد منه ذا المشهد * لي فيه أنوار النبي والآل تتوقد
وفيه كم من ألوية للأولياء تعقد * وتقام به الاعياد

عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد

وفيه اسرار المهاجر والفقيه الجد * واولاده السقاف والمحضار حامي الحد
والشيخ ابو بكر الذي فيض العطا يمتد *منه إلى الأولاد

عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد

هم اللي اعتنوا به في الصغر من ساعة المولد * واعطوه من اسرارهم مايطلبه وأزيد
وعليه يتعنى بنا في اليوم ذا والغد * يقسم لنا في الزاد

عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد

هم قدوتي وعقيدتي والسول والمقصد * قبل اياديهم دواما عبر هذه اليد
واستشعرن الجمع تم كله في المفرد *بالنص والاسناد

عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد

دركاه شوني فوق جرف يكاد ان ينهد * لي مايجرونه هله مابيجره حد
حاشا تحيلوني إلى سعدون أومسعد * مامنهم إنقاذ

عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد




***********************************************************************************************



اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

الفاتحة إلى حضرة النبي محمد صلى الله عليه وآله وسلم وإلى روح سيدنا الحبيب عبد القادر بن أحمد السقاف وأصوله وفروعه وتلامذته والمنتسبين إليه أجمعين، أن الله يعلي درجاتهم في الجنة ويكثر من مثوباتهم ويضاعف حسناتهم ويحفظنا بجاههم وينفعنابهم ويعيد علينا من بركاتهم وأسرارهم وأنوارهم وعلومهم ونفحاتهم في الدين والدنيا والآخرة –

 الفاتحة

1 ulasan: