 |
| Abuya Sayyidi Tokoh Wali Pada Zamannya |
Habibuna As-Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas Al-Maliki
Al Hasani As Syazili adalah salah seorang ulamak yang paling dihormati dan dicintai di kota
suci Makkah. Beliau merupakan keturunan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam,
penghulu Ahlil Bait, Imam Hadis di zaman kita, pemimpin keempat-empat mazhab,
ketua rohani yang paling berkaliber, pendakwah ke jalan Allah, seorang yang
tidak goyah dengan pegangannya di dunia ilmiah Islam turath. Menziarahi beliau
merupakan suatu kemestian kepada para ulamak yang menziarahi Makkah.
Keturunannya
merupakan keturunan mulia yang bersambung secara langsung dengan Junjungan kita
Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri. Beliau merupakan waris keluarga Al-Maliki
Al-Hasani di Makkah yang masyhur yang merupakan keturunan Rasulullah Sallahu
‘Alaihi Wasallam, melalui cucu Baginda, Imam Al-Hasan bin Ali, Radhiyallahu
‘Anhum.
Keluarga Maliki
merupakan salah satu keluarga yang paling dihormati di Makkah dan telah
melahirkan alim ulamak besar di Makkah, yang telah mengajar di Makkah berkurun
lama.
Lima orang dari
keturunan Sayyid Muhammad, telah menjadi Imam Mazhab Maliki di Haram Makkah.
Datuk beliau, Al-Sayyid Abbas Al-Maliki, merupakan Mufti dan Qadhi Makkah dan
khatib di Masjidil Haram. Beliau memegang jawatan ini ketika pemerintahan
Uthmaniah serta Hashimiah, dan seterusnya terus memegang jawatan tersebut
setelah Kerajaan Saudi diasaskan. Raja Abdul Aziz bin Sa’ud sangat menghormati
beliau. Riwayat lanjut beliau boleh dirujuk pada kitab Nur An-Nibras fi Asanid
Al-Jadd As-Sayyid Abbas oleh cucunya As-Sayyid Muhammad Al-Maliki.
.jpg) |
| Sayyid 'Alawi Al Maliki |
Bapa beliau pula,
As-Sayyid Alawi Al-Maliki merupakan salah seorang ulamak Makkah terunggul di
abad yang lalu. Beliau telah mengajar pelbagai ilmu Islam turath di Masjidil
Haram selama hampir 40 tahun. Ratusan murid dari seluruh pelusuk dunia telah
mengambil faedah daripada beliau melalui kuliah beliau di Masjidil Haram, dan
ramai di kalangan mereka telah memegang jawatan penting agama di negara
masing-masing.
Malah, Raja Faisal
tidak akan membuat apa-apa keputusan berkaitan Makkah melainkan setelah meminta
nasihat daripada As-Sayyid Alawi. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1971
dan upacara pengebumiannya merupakan yang terbesar di Makkah sejak seratus
tahun. Dalam tempoh 3 hari daripada kematian beliau, Stesyen Radio Saudi
tempatan hanya menyiarkan bacaan Al-Quran, sesuatu yang tidak pernah dilakukan
melainkan hanya untuk beliau.
Maklumat lanjut
tentang As-Sayyid Alawi boleh dirujuk kepada biografinya berjudul Safahat
Musyriqah min Hayat Al-Imam As-Sayyid As-Syarif Alawi bin Abbas Al-Maliki oleh
anaknya, yang juga merupakan adik kepada As-Sayyid Muhammad, As-Sayyid Abbas
Al-Maliki. As-Sayyid Abbas juga seorang ulamak, tetapi lebih dikenali dengan
suara merdunya dan pembaca Qasidah yang paling utama di Arab Saudi. Biografi
ini mengandungi tulisan berkenaan As-Sayyid Alawi dari ulamak dari seluruh
dunia Islam.
Keluarga Maliki
juga telah melahirkan ramai lagi ulamak lain, tetapi penulis hanya menyebut
bapa dan datuk kepada As-Sayyid Muhammad. Untuk maklumat lanjut, rujuk
tulisan-tulisan berkaitan sejarah Makkah dan ulamaknya di abad-abad mutakhir.
Kelahiran dan Pendidikan Awal
As-Sayyid Muhammad
Al-Hasani bin Alawi bin Abbas bin Abdul Aziz, dilahirkan pada tahun 1946, di
kota suci Makkah, dalam keluarga Al-Maliki Al-Hasani yang terkenal, keluarga
Sayyid yang melahirkan ulamak tradisi. Beliau amat beruntung kerana memiliki
bapa seperti As-Sayyid Alawi, seorang ulamak paling berilmu di Makkah. Bapa
beliau merupakan guru pertama dan utama beliau, mengajar beliau secara peribadi
di rumah dan juga di Masjidil Haram, di mana beliau menghafal Al-Quran sejak
kecil. Beliau belajar dengan bapa beliau dan diizinkan untuk mengajar setiap
kitab yang diajarkan oleh bapa beliau kepada beliau.
Dengan arahan
bapanya, beliau juga turut mempelajari dan mendalami pelbagai ilmu turath
Islam: Aqidah, Tafsir, Hadith, Feqh, Usul, Mustalah, Nahw dan lain-lain, di
tangan ulamak-ulamak besar lain di Makkah serta Madinah. Kesemua mereka telah
memberikan ijazah penuh kepada beliau untuk mengajar ilmu-ilmu ini kepada orang
lain.
Ketika berumur 15
tahun lagi, As-Sayyid Muhammad telah mengajar kitab-kitab Hadith dan Feqh di
Masjidil Haram, kepada pelajar-pelajar lain, dengan arahan guru-gurunya.
Setelah mempelajari ilmu turath di tanah kelahirannya Makkah, beliau dihantar
oleh bapanya untuk menuntut di Universiti Al-Azhar As-Syarif. Beliau menerima
ijazah PhD daripada Al-Azhar ketika berusia 25 tahun, menjadikan beliau warga
Arab Saudi yang pertama dan termuda menerima ijazah PhD dari Al-Azhar. Tesis
beliau berkenaan Hadith telah diiktiraf cemerlang dan menerima pujian yang
tinggi dari alim ulamak unggul di Al-Azhar ketika itu, seperti Imam Abu Zahrah.
Perjalanan Mencari
Ilmu
Perjalanan menuntut
ilmu merupakan jalan kebanyakan ulamak. As-Sayid Muhammad turut tidak
ketinggalan. Beliau bermusafir sejak usia muda untuk menuntut ilmu dari mereka
yang memiliki ilmu. Beliau telah bermusafir dengan banyak ke Afrika Utara,
Mesir, Syria, Turki, dan rantau Indo-Pak untuk belajar dari alim-ulamak yang
hebat, bertemu para Wali Allah, menziarahi masjid-masjid dan maqam-maqam, serta
mengumpul manuskrip-manuskrip dan kitab.
Di setiap tempat
ini, beliau menemui para ulamak dan auliyak yang agung, dan mengambil faedah
daripada mereka. Mereka juga turut tertarik dengan pelajar muda dari Makkah ini
dan memberi perhatian istimewa untuk beliau. Kebanyakan mereka telah pun sangat
menghormati bapa beliau yang alim, dan merupakan satu kebanggaan memiliki anak
beliau sebagai murid.
Ijazah-ijazah
Sistem pengajian
tradisi atau turath berasaskan kepada ijazah atau ‘keizinan untuk menyampaikan
ilmu’. Bukan semua orang boleh mengajar. Hanya mereka yang memiliki ijazah yang
diktiraf dari alim-ulamak yang terkenal sahaja yang boleh mengajar. Setiap
cabang pengetahuan dan setiap kitab Hadith, Feqh, Tafsir dan lain-lain,
mempunyai Sanad-sanad, atau rantaian riwayat yang bersambung sehingga kepada
penyusun kitab tersebut sendiri melalui anak-anak muridnya dan seterusnya
anak-anak murid mereka. Banyak sanad-sanad yang penting, seperti sanad
Al-Qur’an, Hadith dan Tasawwuf, bersambung sehingga kepada Rasulullah Sallahu
Alaihi Wasallam.
Sayyid Muhammad
mendapat penghormatan dengan menjadi Shaykh dengan bilangan ijazah terbanyak
dalam waktunya. Beliau juga memiliki rantaian sanad terpendek atau terdekat
dengan datuknya, Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam.
Di Tanah Arab,
tanah kelahirannya, dan dalam permusafiran ilmunya, As-Sayyid Muhammad mendapat
lebih dari 200 ijazah dari alim-ulamak teragung di zamannya, di setiap cabang
ilmu Islam. Ijazah beliau sendiri, yang beliau berikan kepada murid-muridnya
adalah antara yang paling berharga dan jarang di dunia, menghubungkan anak-anak
muridnya dengan sejumlah besar para ulamak agung.Para Masyaikh yang
memberikan As-Sayyid Muhammad ijazah-ijazah mereka merupakan ulamak besar dari
seluruh dunia Islam. Kita menyebutkan sebahagian mereka:
Dari Makkah:
1) Bapa beliau yang
alim dan guru beliau yang pertama, As-Sayyid Alawi bin Abbas al-Maliki
2) Shaykh Muhammad
Yahya Aman al-Makki
3) Shaykh al-Sayyid
Muhammad al-Arabi al-Tabbani
4) Shaykh Hasan
Sa‘id al-Yamani
5) Shaykh Hasan bin
Muhammad al-Mashshat
6) Shaykh Muhammad
Nur Sayf
7) Shaykh Muhammad
Yasin al-Fadani
8) Al-Sayyid
Muhammad Amin Kutbi
9) Al-Sayyid Ishaq
bin Hashim ‘Azuz
10) Habib Hasan bin
Muhammad Fad‘aq
11) Habib
Abd-al-Qadir bin ‘Aydarus al-Bar
12) Shaykh Khalil
Abd-al-Qadir Taybah
13) Shaykh
Abd-Allah al-Lahji
Dari Madinah:
1) Shaykh Hasan
al-Sha‘ir, Shaykh al-Qurra of Madinah
2) Shaykh
Diya-al-Din Ahmad al-Qadiri
3) As-Sayyid Ahmad
Yasin al-Khiyari
4) Shaykh Muhammad
al-Mustafa al-Alawi al-Shinqiti
5) Shaykh Ibrahim
al-Khatani al-Bukhari
6) Shaykh
Abd-al-Ghafur al-Abbasi al-Naqshbandi
Dari Hadramawt dan
Yaman:
1) Al-Habib Umar
bin Ahmad bin Sumayt, Imam Besar Hadramawt
2) Shaykh As-Sayyid
Muhammad Zabarah, Mufti Yaman
3) Shaykh As-Sayyid
Ibrahim bin Aqeel al-Ba-Alawi, Mufti Ta‘iz
4) Al-Imam
al-Sayyid Ali bin Abd-al-Rahman al-Habshi
5) Al-Habib Alawi
ibn Abd-Allah bin Shihab
6) As-Sayyid Hasan
bin Abd-al-Bari al-Ahdal
7) Shaykh Fadhl bin
Muhammad Ba-Fadhal
8) Al-Habib
Abd-Allah bin Alawi al-Attas
9) Al-Habib
Muhammad bin Salim bin Hafeez
10) Al-Habib Ahmad
Mashhur al-Haddad
11) Al-Habib
Abd-al-Qadir al-Saqqaf
Dari Syria:
1) Shaykh
Abu-al-Yasar ibn Abidin, Mufti Syria
2) Shaykh As-Sayyid
al-Sharif Muhammad al-Makki al-Kattani, Mufti Maliki
3) Shaykh Muhammad
As‘ad al-Abaji, Mufti Shafi‘i
4) Shaykh As-Sayyid
Muhammad Salih al-Farfur
5) Shaykh Hasan
Habannakah al-Maydani
6) Shaykh
Abd-al-Aziz ‘Uyun al-Sud al-Himsi
7) Shaykh Muhammad
Sa‘id al-Idlabi al-Rifa‘i
Dari Mesir:
1) Shaykh As-Sayyid
Muhammad al-Hafiz al-Tijani, Imam Hadith di Mesir
2) Shaykh Hasanayn
Muhammad Makhluf, Mufti Mesir
3) Shaykh Soleh
al-Ja‘fari, Imam Masjid Al-Azhar
4) Shaykh Amin
Mahmud Khattab al-Subki
5) Shaykh Muhammad
al-‘Aquri
6) Shaykh Hasan
al-‘Adawi
7) Shaykh As-Sayyid
Muhammad Abu-al-‘Uyun al-Khalwati
8) Shaykh Dr.
Abd-al-Halim Mahmud, Syeihkul Azhar
Dari Afrika Utara
(Maghribi, Algeria, Libya dan Tunisia):
1) Shaykh As-Sayyid
As-Sharif Abd-al-Kabir al-Saqali al-Mahi
2) Shaykh As-Sayyid
Abd-Allah bin Al-Siddiq Al-Ghimari, Imam Hadith
3) Shaykh As-Sayyid
Abd-al-Aziz bin Al-Siddiq al-Ghimari
4) As-Sharif Idris
al-Sanusi, Raja Libya
5) Shaykh Muhammad
At-Tahir ibn ‘Ashur, Imam Zaytunah, Tunis
6) Shaykh al-Tayyib
Al-Muhaji al-Jaza’iri
7) Shaykh Al-Faruqi
Al-Rahhali Al-Marrakashi
8) Shaykh As-Sayyid
As-Sharif Muhammad al-Muntasir al-Kattani
Dari Sudan:
1) Shaykh Yusuf
Hamad An-Nil
2) Shaykh Muddassir
Ibrahim
3) Shaykh Ibrahim
Abu-an-Nur
4) Shaykh At-Tayyib
Abu-Qinayah
Dari Rantau
Indo-Pak:
1) Shaykh
Abu-al-Wafa al-Afghani Al-Hanafi
2) Shaykh
Abd-al-Mu‘id Khan Hyderabadi
3) Al-Imam Al’Arif
Billah Mustafa Rida Khan al-Barelawi, Mufti India
4) Mufti Muhammad
Shafi’ Al-Deobandi, Mufti Pakistan
5) Mawlana Muhammad
Zakariyya Al-Kandahlawi, Imam Hadith
6) Mawlana Zafar
Ahmad Thanawi
7) Shaykh
Al-Muhaddith Habib-al-Rahman Al-‘Azami
8) Sayyid
Abu-al-Hasan Ali An-Nadawi
Senarai ini hanya
merupakan ulamak masyhur yang Syaikh kita telah mendapat ijazah darinya, dan di
sana terdapat ramai lagi yang tidak disebutkan. Pada As-sayyid Muhammad Alawi,
seseorang akan mendapati nilai terbaik dari para Masyaikh ini dalam pelabagai
latarbelakang dan pengkhususan.
Mengajar
Kalimah karier
sebenarnya mungkin tidak sesuai untuk digunakan untuk menggambarkan aktiviti
mengajar As-Sayyid Muhammad, kerana kalimah ini amat hampir kaitannya dengan
keuntungan material. Sementara beliau, seperti mana Masyaikh tradisi yang lain,
juga seperti keturunannya sebelum beliau, mengajar hanya kerana Allah dan tidak
mengharapkan keuntungan material langsung.
Malahan, beliau
menempatkan sejumlah besar pelajar di rumahnya sendiri, menyediakan untuk
mereka makan minum, penginapan, pakaian, kitab-kitab serta segala keperluan
mereka. Sebagai balasan, mereka hanya diminta mengikuti peraturan dan etika
penuntut ilmu agama yang suci. Pelajar-pelajar ini biasanya menetap bersama
beliau bertahun-tahun lamanya, mempelajari pelbagai cabang ilmu Islam, dan seterusnya
kembali ke negeri masing-masing. Ratusan dari para pelajar telah menuntut di
kaki beliau dan telah menjadi pelopor pengetahuan Islam dan kerohanian di
negara mereka, terutamanya di Indonesia, Malaysia, Mesir, Yaman dan Dubai.
Bagaimanapun
apabila pulang dari Al-Azhar, beliau dilantik sebagai Profesor Pengajian Islam
di Universiti Ummul Qura di Makkah, yang mana beliau telah mengajar sejak tahun
1970.
Pada tahun 1971,
sebaik bapanya meninggal dunia, para ulamak Makkah meminta beliau untuk
menggantikan tempat bapanya sebagai guru di Masjidil Haram. Beliau menerimanya,
lantas menduduki kedudukan yang telah diduduki oleh keluarganya lebih dari
seabad. Beliau juga kadang kala mengajar di Masjid Nabi di Madinah. Kuliah
pengajian beliau merupakan kuliah yang paling ramai dihadiri di kedua-dua Tanah
Haram.Bagaimanapun pada
awal tahun 80-an, beliau telah mengosongkan kedudukan mengajarnya di Universiti
Ummul Qura juga kerusi warisannya di Masjidil Haram, memandangkan fatwa dari
sebahgian ulamak fanatik fahaman Wahhabi, yang menganggap kewujudannya sebagai
ancaman kepada ideologi dan kekuasaan mereka.
Sejak itu, beliau
mengajar kitab-kitab agung Hadith, Fiqh, Tafsir dan Tasawwuf di rumah dan
masjidnya di Jalan Al-Maliki di Daerah Rusayfah, Makkah. Kuliah-kuliah umumnya
antara waktu Maghrib dan Isyak dihadiri tidak kurang daripada 500 orang setiap
hari. Ramai pelajarnya daripada Universiti menghadiri pengajiannya di waktu
malam. Sehingga malam sebelum beliau meninggal dunia, majlisnya dipenuhi
penuntut.Sayyid Muhammad
Alawi Al-Maliki amat dihormati oleh Kerajaan Arab Saudi dan selalu diminta
nasihat dari Raja sendiri dalam urusan-urusan yang penting. Beliau juga
dilantik sebagai ketua juri dalam Musabaqah Qur’an antarabangsa di Makkah
selama tiga tahun berturut-turut.
 |
| Sayyidi sedang mengajar |
Karangannya
Sayyid Muhammad
merupakan seorang penulis prolifik dan telah menghasilkan hampir seratus buah
kitab. Beliau telah menulis dalam pelbagai topik agama, undang-undang, social
serta sejarah, dan kebanyakan bukunya dianggap sebagai rujukan utama dan
perintis kepada topik yang dibicarakan dan dicadangkan sebagai buku teks di
Institusi-institusi Islam di seluruh dunia.
Kita sebutkan
sebahagian hasilnya dalam pelbagai bidang:
Aqidah:
1) Mafahim Yajib an
Tusahhah
2) Manhaj As-salaf
fi Fahm An-Nusus
3) At-Tahzir min
al-Mujazafah bit-Takfir
4) Huwa Allah
5) Qul Hazihi
Sabeeli
6) Sharh ‘Aqidat
al-‘Awam
Tafsir:
1) Zubdat al-Itqan
fi ‘Ulum al-Qur’an
2) Wa Huwa bi
al-Ufuq al-‘A’la
3) Al-Qawa‘id
al-Asasiyyah fi ‘Ulum al-Quran
4) Hawl Khasa’is
al-Quran
Hadith:
1) Al-Manhal
al-Latif fi Usul al-Hadith al-Sharif
2) Al-Qawa‘id
al-Asasiyyah fi ‘Ilm Mustalah al-Hadith
3) Fadl al-Muwatta
wa Inayat al-Ummah al-Islamiyyah bihi
4) Anwar al-Masalik
fi al-Muqaranah bayn Riwayat al-Muwatta lil-Imam Malik
Sirah:
1) Muhammad
(Sallallahu Alaihi Wasallam) al-Insan al-Kamil
2) Tarikh
al-Hawadith wa al-Ahwal al-Nabawiyyah
3) ‘Urf al-Ta’rif
bi al-Mawlid al-Sharif
4) Al-Anwar
al-Bahiyyah fi Isra wa M’iraj Khayr al-Bariyyah
5) Al-Zakha’ir
al-Muhammadiyyah
6) Zikriyat wa
Munasabat
7) Al-Bushra fi
Manaqib al-Sayyidah Khadijah al-Kubra
Usul:
1) Al-Qawa‘id
al-Asasiyyah fi Usul al-Fiqh
2) Sharh Manzumat
al-Waraqat fi Usul al-Fiqh
3) Mafhum
at-Tatawwur wa altTajdid fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah
Fiqh:
1) Al-Risalah
al-Islamiyyah Kamaluha wa Khuluduha wa ‘Alamiyyatuha
2) Labbayk
Allahumma Labbayk
3) Al-Ziyarah
al-Nabawiyyah bayn as-Shar‘iyyah wa al-Bid‘iyyah
4) Shifa’ al-Fu’ad
bi Ziyarat Khayr al-‘Ibad
5) Hawl al-Ihtifal
bi Zikra al-Mawlid al-Nabawi al-Sharif
6) Al-Madh
al-Nabawi bayn al-Ghuluww wa al-Insaf
Tasawwuf:
1) Shawariq
al-Anwar min Ad‘iyat al-Sadah al-Akhyar
2) Abwab al-Faraj
3) Al-Mukhtar min
Kalam al-Akhyar
4) Al-Husun
al-Mani‘ah
5) Mukhtasar
Shawariq al-Anwar
Lain-lain:
1) Fi Rihab al-Bayt
al-Haram (Sejarah Makkah)
2) Al-Mustashriqun
Bayn al-Insaf wa al-‘Asabiyyah (Kajian Berkaitan
Orientalis)
3) Silatu Riyadhah
Biddin (Hubungan Sukan dengan Agama)
4) Al-Qudwah
al-Hasanah fi Manhaj al-Da‘wah ila Allah (Teknik Dawah)
5) Ma La ‘Aynun Ra’at
(Butiran Syurga)
6) Nizam al-Usrah
fi al-Islam (Peraturan Keluarga Islam)
7) Al-Muslimun Bayn
al-Waqi‘ wa al-Tajribah (Muslimun, Antara Realiti dan Pengalaman)
8) Kashf al-Ghummah
(Ganjaran Membantu Muslimin)
9) Ad-Dawah
al-Islahiyyah (Dakwah Pembaharuan)
10) Fi Sabil
al-Huda wa al-Rashad (Koleksi Ucapan)
11) Sharaf al-Ummah
al-Islamiyyah (Kemulian Ummah Islamiyyah)
12) Usul
at-Tarbiyah al-Nabawiyyah (Metodologi Pendidikan Nabawi)
13) Nur an-Nibras
fi Asanid al-Jadd as-Sayyid Abbas (Kumpulan Ijazah Datuk beliau, As-Sayyid
Abbas)
14) Al-‘Uqud
al-Lu’luiyyah fi al-Asanid al-Alawiyyah (Kumpulan Ijazah Bapa beliau, As-Sayyid
Alawi)
15) Al-Tali‘
al-Sa‘id al-Muntakhab min al-Musalsalat wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah)
16) Al-‘Iqd
al-Farid al-Mukhtasar min al-Athbah wa al-Asanid (Kumpulan
Ijazah)
Senarai di atas
merupakan antara kitab As-Sayyid Muhammad yang telah dihasilkan dan
diterbitkan. Terdapat banyak lagi kitab yang tidak disebutkan dan juga yang
belum dicetak.
Kita juga tidak
menyebutkan banyak penghasilan turath yang telah dikaji, dan diterbitkan buat
pertama kali, dengan nota kaki dan komentar dari As-Sayyid Muhammad. Secara
keseluruhannya, sumbangan As-Sayyid Muhammad amat agung.Banyak hasil kerja
As-Sayyid Muhammad telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa.
As-Sayyid Muhammad
merupakan seorang pembimbing kepada ajaran dan kerohanian Islam yang sebenar
dan telah bermusafir ke serata Asia, Afrika, Eropah dan Amerika, menyeru
manusia ke arah kalimah Allah dan Rasul terakhir-Nya Muhammad Sallahu Alaihi
Wassalam.
Di Asia Tenggara
khasnya, As-Sayyid Muhammad secara peribadi telah mengasaskan dan membiayai
lebih 70 buah Sekolah Islam untuk melawan aktiviti dakyah Kristian. Sejumlah
besar penganut Kristian dan Budha telah memeluk Islam di tangannya hanya
setelah melihat Nur Muhammad yang bersinar di wajahnya.Ke mana sahaja
beliau pergi, para pemimpin, ulamak dan masyarakat di tempat tersebut akan
menyambutnya dengan penuh meriah. Beliau seringkali memberi ceramah kepada
ratusan ribu manusia.
Beliau amat
disayangi dan dicintai oleh Muslimin di seluruh dunia, bukan sahaja kerana
beliau keturunan Rasulullah, tetapi juga kerana ilmunya yang luas, hikmahnya,
akhlak serta watak rohaninya. Beliau juga amat terkenal amat pemurah dengan
ilmu, kekayaan dan masanya.
As-Sayyid Muhammad
mengikuti dan menyelusuri tradisi arus utama dan majoriti Islam, jalan Ahlu
Sunnah Waljamaah, jalan toleransi dan sederhana, pengetahuan dan kerohanian,
serta kesatuan dalam kepelbagaian.
Beliau percaya
kepada prinsip berpegang dengan empat mazhab yang masyhur, tetapi tanpa
fanatik. Beliau mengajar rasa hormat kepada ulamak dan Awliyak agung yang lepas.
Beliau menentang
sikap sewenang-wenangnya mengatakan Muslim lain sebagai Kafir dan Musyrik, yang
telah menjadi tanda dan sifat utama sebahagian fahaman hari ini.
Beliau amat
menentang dan kritis terhadap mereka yang digelar reformis (Islah) abad ke-20
yang dengan mudah ingin menghapuskan Islam generasi terdahulu menggunakan nama
Islam yang suci.
Beliau juga
memahami bahawa mencela kesemua Ash’ari, atau kesemua Hanafi, Syafi’e dan
Maliki, kesemua sufi, seperti mana yang dilakukan oleh sebahagian fahaman hari
ini adalah sama dengan mencela keseluruhan Ummah Islam ribuan tahun yang
lampau. Ia hanya merupakan sifat dan pendekatan musuh Islam, dan bukannya rakan.
Sayyid Muhammad
juga amat mempercayai bahawa ulamak – ulamak Mazhab yang agung - mengikuti
Sunni-Sufi - sejak beratus tahun yang lalu, adalah penghubung kita kepada
Al-Quran dan Assunnah, dan bukanlah penghalang antara keduanya dengan kita,
seperti yang dipercayai sesetengah pihak.
Kefahaman yang
benar berkenaan Al-Quran dan Sunnah ialah kefahaman yang berasaskan tafsiran
para ulamak agung Islam, dan bukan dengan sangkaan para ekstrimis zaman moden
ini yang tidak berfikir dua kali sebelum mencela majoriti Muslim di seluruh
dunia. Sayyid Muhammad juga berpendapat majoriti ummah ini adalah baik.
Kumpulan-kumpulan minoriti yang fanatiklah yang perlu mengkaji semula fahaman
ekstrim mereka.
Sayyid Muhammad
merupakan pendukung sebenar Sufi yang berasaskan Syariah, Sufi para Awliya’
agung dan solehin ummah ini. Beliau sendiri merupakan mahaguru kerohanian di
tingkat yang tertinggi, berhubungan dengan kebanyakan peraturan kerohanian Islam,
melalui para Masyaikh Tariqah yang agung.
Beliau turut
mempercayai bahawa membaca Zikir, samaada secara bersendirian atau berkumpulan,
adalah bahagian penting dalam kerohanian seseorang. Semua pelajarnya dimestikan
bertahajjud dan membaca wirid pagi dan petang.
Sayyid Muhammad
juga beranggapan, ummat Islam perlu menggunakan segala hasil yang ada untuk
meningkatkan taraf ummah mereka dari sudut kerohanian, masyarakat dan juga
material, dan tidak membuang masa yang berharga dengan berbalah pada perkara-perkara
kecil. Beliau percaya Muslim tidak seharusnya mencela satu sama lain dalam
perkara yang telah diselisihkan oleh para ulamak. Mereka sebaliknya perlu
berganding bahu bersama untuk memerangi apa yang telah disepekati sebagai
kejahatan dan dosa.Pandangan dan
pendirian Sayyid Muhammad ini digambarkan dalam tulisannya yang terkenal,
Mafahim Yajib An Tusahhah (Kefahaman Yang Perlu Diperbetulkan), sebuah buku
yang mendapat penghargaan meluas di seluruh dunia Islam dan diiktiraf tinggi di
lingkaran para ulamak.
Tidak diragui lagi,
kehadiran Sayyid Muhammad Alawi merupakan rahmat buat ummah ini. Beliau
merupakan waris kepada kekasih kita Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam dari
sudut darah daging serta kerohanian. Masyarakat Makkah dan Madinah teramat
mencintai beliau seperti mana dilihat pada solat jenazah beliau.
Siapa sahaja yang
pernah menemui beliau jatuh cinta dengan beliau. Rumahnya di kota suci Makkah
sentiasa terbuka sepanjang tahun untuk ulamak dan para penuntut yang
menziarahi, ribuan orang yang menuju kepadanya. Beliau juga tidak kenal erti
takut dalam berkata yang benar dan telah mengalami detik-detik kepayahan kerana
kebenaran. Walaubagaimanapun pertolongan Allah kelihatan sentiasa bersama
dengannya. RadhiyAllahu Anhu WaArdhaah. Ameen.Maklumat lanjut
kehidupan dan pencapaiannya boleh dirujuk biografinya yang hebat bertajuk,
Al-Maliki ‘Alim Hijjaz, karangan penulis dan sejarahwan terkenal Makkah, Dr
Zuhayr Kutbi.
Wafatnya
Beliau telah
meninggalkan kita pada hari Jumaat, 15 Ramadhan (bersesuaian dengan doanya
untuk meninggal dunia pada bulan Ramadhan), dalam keadaan berpuasa di rumahnya
di Makkah. Kematiannya amat mengejutkan.
Benar.. Ia adalah
satu kehilangan yang besar.. Ucapan takziah diucapkan dari seluruh dunia Islam.
Solat janazah beliau dilakukan di seluruh pelusuk dunia.Beliau telah pergi
pada bulan Ramadhan dan pada hari Jumaat.Saya adalah antara
yang menunaikan solat jenazah (pertama di rumah beliau diimamkan oleh adiknya
As-Sayyid Abbas, dan seterusnya di Masjidil Haram dengan Imam Subayl)… Ratusan
ribu manusia membanjiri upacara pengebumiannya. Semua orang menangis dan sangat
bersedih… Ia merupakan satu situasi yang tidak dapat dilupakan… Allahu Akbar…
Betapa hebatnya
beliau… betapa besarnya kehilangan ini… Betapa ramainya yang
menyembahyangkannya… Saya tahu mata saya tidak pernah menyaksikan seorang
spertinya… Seorang yang amat dicintai oleh masyarakat seperti beliau… seorang
ulamak yang berkaliber dan berpengetahuan serta berhikmah…
Terdapat
sekurang-kurangnya 500 orang tentera diperintah oleh kerajaan Arab Saudi di
perkuburan Ma’ala untuk mengawal ribuan orang yang menangisinya. Kerabat diraja
juga turut hadir. Para manusia menempikkan Kalimah dengan kuat sepanjang
uapcara pengebumian beliau, memenuhi Makkah dari Masjidil Haram sehingga ke
tanah perkuburan.
Beliau disemadikan
di sebelah bapanya, berhampiran maqam nendanya Sayyidah Khadijah. Sebelum
beliau meninggal dunia, beliau ada menghubungi seorang pelajar lamanya di
Indonesia melalui telefon dan bertanyanya adakah dia akan datang ke Makkah pada
bulan Ramadhan. Apabila dia menjawab tidak, Sayyid Muhammad bertanya pula,
"tidakkah engkau mahu menghadiri penegebumianku?Tepat sekali, beliau pergi
pada bulan Ramadhan di pagi Jumaat… apakah lagi bukti yang diperlukan
menunjukkan penerimaan Allah?! Makkah menangisi pemergiannya… Seluruh dunia
Islam menangisi kehilangannya. Moga Allah menganugerahkan beliau tempat yang
tertinggi di Jannah, bersama-sama kekasihnya dan datuknya Rasulullah Sallahu
Alaihi Wasallam. AL FATIHAH .Ameen.