Selasa, 18 September 2012

MANAQIB HABIB ALWI BIN TOHIR AL HADDAD RA ( MUFTI KERAJAAN JOHOR )


                         

                                               HABAIB DI KALANGAN MUFTI JOHOR

                                      Habib Alwi bin Tohir bin Abdullah Al-Haddad



NAMA DAN NASAB

Nama lengkapnya ialah Habib Alwi bin Thahir al-Haddad bin Abdullah bin Thaha Abdullah bin Umar bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ahmad bin Abi Bakar Abu Thahir al-Alawi asy-Syarif al-Huseini. Sampai nasabnya kepada Sayidina Ali bin Abi Thalib yang kawin dengan Sayidatina Fatimah binti Nabi Muhammad SAW. Habib Alwi bin Thahir al-Haddad lahir di Bandar Qaidun, Hadhramaut, Yaman pada 14 Syawal 1301 H/ 7 Agustus 1884 M.

MENUNTUT  ILMU

Habib Alwi bin Thahir Al-Haddad sedari kecil telah bercita-cita menjadi ulama. Ini didukung oleh kecerdasan dan keteguhannya dalam menuntut ilmu, dan selalu menyertai ulama-ulama besar sehingga dapat mencapai puncak keilmuannya dan menghimpunkan berbagai ilmu naqli dan aqli yang membuatnya melebihi rekan-rekan seangkatannya. Bahkan, Sayid Alwi mampu melakukan istinbat dan ijtihad yang cermat dan tidak dapat dicapai oleh sebagian orang.

Guru-gurunya di Hadhramaut ialah Habib Ahmad bin al-Hasan al-Attas al-Alawi, Habib Thahir bin Umar al-Haddad, dan Habib Muhammad bin Thahir al-Haddad. Banyak bidang ilmu tradisi yang beliau peroleh daripada keluarganya sendiri yang berketurunan Nabi Muhammad SAW.

Habib Alwi sangat menggemari pelajaran Hadits. Berkali-kali Sayid Alwi al-Haddad menamatkan kitab As-Sittah, Riyadh ash-Shalihin, Bulugh al-Maram, Jami’ ash-Shaghir. Untuk memperdalam ilmu hadits Sayid Alwi al-Haddad mempelajari kitab-kitab mengenai sanad hadits seperti ad-Dhawabidh al-Jaliyah fi al-Asanid al-‘Aliyah karya Syeikh al-Allamah al-Musnid Syamsuddin Abdullah bin Fathi al-Farghali al-Hamisyi. Demikian juga kitab ats-tsabat yang berjudul as-Samth al-Majid karya Syeikh al-Allamah al-Musnid Shafiyuddin Ahmad bin Muhammad al-Qasyasy al-Madani. Sayid Alwi al-Haddad telah berhasil memperoleh ilmu dan ijazah daripada para gurunya serta dengan sanad-sanad yang bersambung sampai Rasulullah SAW.


Selain guru tersebut, Sayid Alwi al-Haddad juga memperoleh ilmu daripada ayah saudaranya Imam Habib Abdullah bin Thaha al-Haddad, juga dengan Habib Thahir bin Abi Bakri al-Haddad. Guru-guru beliau yang lain adalah al-Mu’ammar Sirajuddin Umar bin Utsman bin Muhammad Ba Utsman al-Amudi ash-Shiddiqi al-Bakari. Sayid Alwi al-Haddad juga sempat mendengar riwayat hadits dari Sayid ‘Abdur Rahman bin Sulaiman al-Ahdal yang wafat tahun 1250 H/1834 M.


Diriwayatkan bahawa Sayid Alwi al-Haddad ialah seorang yang sangat cerdas. Sedikit saja belajar namun penguasaan akan ilmu pengetahuannya langsung meningkat. Pada umur 12 tahun, Sayid Alwi al-Haddad menghatamkan Ihya ‘Ulumidin karya Imam al-Ghazali. Dalam usia 17 tahun ia telah mengajar dan mengajar kitab yang besar-besar dan ilmu yang berat-berat seperti ilmu tafsir, hadits, fiqh, usul fiqh, tarikh, falak, nahwu, shorof, balaghah, filsafat dan tasawuf.


Jika berbicara tentang suatu persoalan, beliau memaparkan segala seginya dan menguatkannya dengan dalil-dalil aqli dan naqli. Beliau seorang yang memiliki ghirah (kecemburuan) terhadap Islam dan menjadi pembelanya. Di samping itu, beliau juga pembela keluarga Rasulullah SAW. aktif berhubungan dengan para ahli ilmu di berbagai tempat di seluruh dunia Islam, dan selalu menghindari pertentangan-pertentangan mazhab.

Sebagai ulama dan mufti, ia kerap diminta untuk berpidato dan memberikan ceramah pada pertemuan-pertemuan umum. Ceramah yang disampaikannya di depan Jong Islamieten Bond (Perkumpulan Pemuda Muslimin) telah diterbitkan dalam dua bahasa: Indonesia dan Arab. Pemimpin Sarekat Islam yang terkenal, Haji Oemar Said Cokroaminoto sering berhubungan dengannya. Ketika dia sedang mengarang buku tentang sejarah Nabi dalam bahasa Indonesia, dia menunjukkan kepada Sayid Alwi yang kemudian memeriksanya dan memberikan kata pengantar untuk buku itu. Pertama kali buku itu dapat diterbitkan atas biaya seorang dermawan dan kemudian buku itu dapat diterbitkan untuk yang kedua kalinya.

KARANGAN

Sayid Alwi memiliki karangan-karangan yang banyak yang akan kami sebutkan berikut ini agar dapat diketahui betapa luas pengetahuannya. Beberapa diantara karangannya adalah:
  • Al-Qaul al-Fashl fi Maa li Bani Hashim wa Quraisy wal-Arab Min al-Fadhl (dua jilid),
  • Kumpulan Fatwa (berisi sekitar 12000 fatwa)
  • Durus as-Sirah an-Nabawiyah dalam dua jilid kecil,
  • Kitab tentang hukum-hukum nikah dan qadha dalam bahasa Melayu (diterbitkan dalam dua jilid),
  • Mukhtashar Aqd al-Aali karangan Sayid Idrus bin Umar al-Habsyi, I’anah an-Nahidh fi Ilm al-Faraidh, Majmuah min Ulum al-Falak (jilid besar),
  • Ath-Thabaqat al-Alawiyyah dan lain-lain.
 BERDAKWAH

Sayid Alwi al-Haddad mengembara ke pelbagai negara untuk berdakwah dan mengajar, di antaranya Somalia, Kenya, Mekah, Indonesia, Malaysia dan lain-lain. Di Jakarta, Sayid Alwi al-Haddad pernah mengajar di Madrasah Jam’iyah al-Khair yang didirikan oleh keturunan Sayid di Indonesia. Madrasah Jam’iyah al-Khair ialah sekolah Islam yang mengikut sistem pendidikan moden yang pertama di Indonesia, Sayid Alwi al-Haddad pula termasuk salah seorang guru yang pertama sekolah. Jabatan pertama Sayid Alwi adalah Wakil Mudir sekolah. Sementara itu,Mudirnya ialah Sayid Umar bin Saqaf as-Saqaf.


Para guru didatangkan dari pelbagai negara. Antara mereka ialah Ustadz Hasyimi yang berasal dari Tunis, Syeikh Ahmad bin Muhammad as-Surkati yang berasal dari Sudan (mengajar di Madrasah Jam’iyah al-Khair tahun 1911 - 1914), Syeikh Muhammad Thaiyib al-Maghribi yang berasal dari Maghribi, Syeikh Muhammad Abdul Hamid yang berasal dari Mekah.Sayid Alwi bin Thahir termasuk salah seorang pendiri ar-Rabithah al-Alawiyyah di Indonesia. Selain mengajar di Jakarta beliau juga pernah mengajar di Bogor dan tempat-tempat lain di Jawa.
GURU KEPADA RAMAI ULAMA BESAR
Beberapa muridnya dikenal menjadi ulama besar yang pernah menjadi murid Sayid Alwi al-Haddad, diantaranya:

  • ·         Habib Alwi bin Syeikh Bilfaqih al-Alawi,
  • ·         Habib Alwi bin Abbas al-Maliki, Habib Salim Ali Jindan,
  • ·         Habib Abu Bakar al-Habsyi,
  • ·         Habib Muhammad bin Ahmad al-Haddad,
  • ·         Habib Abdullah bin Abdul Qadir Bilfaqih, Habib Husein bin Abdullah bin Husein al-Attas,
  • ·          Syeikh Hasan Muhammad al-Masyath al-Makki,
  • ·         KH Abdullah bin Nuh dan lain-lain.


MENJADI MUFTI JOHOR

Kesultanan Johor di Malaysia memilihnya untuk menjabat sebagai mufti di sana. Beliau menjabat sebagai mufti Kerajaan Johor dari tahun 1934 hingga tahun 1961. Sayid Alwi menjadi mufti Johor menggantikan Allahyarham Dato’ Sayid Abdul Qader bin Mohsen Al-Attas.

WAFAT

Beliau wafat pada 14 November 1962 (1382 H) dan dimaqamkan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah Johor Bahru. Beliau mempunyai keturunan yang kemudian pindah ke Jazirah Arab bagian selatan, di antaranya adalah putranya Sayid Thahir dan Sayid Hamid. 





Isnin, 17 September 2012

MANAQIB HUJJATUL ISLAM IMAM AL GHAZALI AT TUSI RA



 AWLIYA KABIR QUTUBUZZAMAN AL GHAZALI RA

Qutubuzzaman Imam Al Arif Billah Muhammad bin Muhammad Al Ghazali At Tusi
Ulama yang terhimpun padanya ilmu syariat dan Hakikat



Imam Al Qutubuzzaman Al ‘Arif Billah Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali At Tusi , terkenal dengan gelaran agung Hujjatul Islam karena jasanya yang besar di dalam menjaga islam dari pengaruh ajaran bid’ah dan aliran rasionalisme yunani. Beliau lahir pada tahun 450 H, bertepatan dengan 1059 M di Ghazalah suatu kota kecil yang terletak di Thus wilayah Khurasah yang waktu itu merupakan salah satu pusat ilmu pengetahuan di dunia islam.

Imam Abu Hamid Muhammad dilahirkan dari keluarga yang sangat sederhana, ayahnya adalah seorang pengrajin wol sekaligus sebagai pedagang hasil tenunannya, dan taat beragama, mempunyai semangat keagamaan yang tinggi, seperti terlihat pada simpatiknya kepada ‘ulama dan mengharapkan anaknya menjadi ‘ulama yang selalu memberi nasihat kepada umat.



Itulah sebabnya, ayahnya sebelum wafat menghantar imam al-Ghazali dan adiknya Imam Ahmad, yang ketika itu masih kecil kepada sahabat ayahnya, seorang waliyullah dan ahli sufi untuk mendapatkan bimbingan dan didikan.Meskipun dibesarkan dalam keadaan keluarga yang sederhana, itu tidak menjadikan beliau merasa rendah atau malas, justeru beliau bersemangat tinggi dalam mempelajari berbagai ilmu pengetahuan, sehingga kemudian beliau menjelma menjadi seorang ‘ulama besar dan seorang sufi.

TENTANG NAMA BELIAU :

Ini adalah bukti cinta para ulama terhadap beliau sehinggakan nama beliau menjadi perbincangan dalam medan ilmu. Berkenaan hal ini Para Ulama nasab berselisih pendapat dalam penyandaran nama Imam Ghozali ra. Sebagian berpendapat bahwa penyandaran nama beliau ra. kepada daerah Ghazalah di Thusi tempat kelahiran beliau . Pendapat ini dikuatkan oleh Al-Fayumi dalam kitab Mishbahul munir. Tetapi Ibnu Assam`ani menolak pendapat yang pertama ini dan berkata : " Saya telah bertanya kepada penduduk Thusi tentang daerah Al-Ghozalah, dan mereka mengingkari keberadaannya."

Sebagian lagi mengatakan penyandaran nama beliau kepada pekerjaan dan keahlian keluarganya yaitu menenun, sehingga nisbatnya ditasydid ( Al-Ghozzali ) demikian pendapat Ibnu Atsir. Dan dinyatakan Imam Nawawi : " Tasydid dalam Al-Ghozzali adalah yang benar ".
Tetapi yang dijadikan sandaran Para Ahli Nasab Mutaakhirin adalah pendapat Ibnu Atsir dengan Tasydid. Yaitu penyandaran nama kepada pekerjaan dan keahlian bapak dan kakeknya. ( Thobaqot Asy-Syafi`i`yyah dan Siyar A`lam Nubala Adz Dzahabi )


MENUNTUT ILMU

Imam Ghazali memulai pendidikannya di wilayah kelahirannya di Thus. Ayahnya mengajar beliau Al-qur’an dan dasar-dasar ilmu keagamaan yang lain. Beliau juga menuntut ilmu dengan sahabat karib ayahnya, seorang waliyullah dan ahli tasawuf.Imam al Ghazali dalam perjalanan menuntut ilmunya mempunyai banyak masyaikh.

Dalam ilmu hadith antaranya ialah Imam Abu Sahl Muhammad Ibn Abdullah Al Hafsi, beliau mengajar imam Al Ghozali dengan kitab Sohih bukhori. Imam Abul Fath Al Hakimi At Thusi mengajarnya Sunan Abi Daud. Imam Abdullah Muhammad Bin Ahmad Al Khawari, mengajarnya kitab Maulid an Nabi dan Imam Abu Al Fatyan ‘Umar Al Ru’asi mengajarnya Sohih Bukhori dan Sohih Muslim.

Begitu pula bidang-bidang ilmu yang lain semuanya dipelajari dan dikuasai imam al-Ghazali seperti usuluddin, usul fiqh, mantiq, falsafah , dan tasawwuf. Beliau belajar bersungguh-sungguh dengan Imam Haramain ,  sampai alim dalam feqah madzhab Syafie , khilaf (perbedaan pendapat), perdebatan, mantik, membaca hikmah, dan falsafah sehinggakan Imam Haramain menganggapnya sebagai "lautan yang luas".

Setelah Imam Haramain wafat , beliau pergi ke Baghdad dan mengajar di Madrasah Nizhamiyah. Di sana, beliau mengarang ilmu Feqah mazhab Syafie seperti kitab al-basith, al- wasith, al-wajiz, dan al- khulasoh. Dalam ushul fiqih pula beliau mengarang kitab al-mustasfa, kitab al- mankhul, bidayatul hidayah, al-ma’lud filkhilafiyah, dan banyak lagi kitab-kitab lain dalam perbagai bidang ilmu.

Antara tahun 465-470 H Imam Al-Ghazali belajar fiqih dan ilmu-ilmu dasar yang lain dari Ahmad Al- Radzaski di Thus, dan dari Abu Nasral Ismailli di Jurjan. Setelah imam al-Ghazali kembali ke Thus, dan selama 3 tahun di tempat kelahirannya, beliau mengaji ulang pelajaran di Jurjan sambil belajar tasawuf kepada Yusuf Al Nassaj (w-487 H). pada tahun itu imam Al-Ghazali berkenalan dengan al-Juwaini dan memperoleh ilmu kalam dan mantiq. Menurut Abdul Ghofur itu Ismail Al- Farisi, imam al-Ghozali menjadi pembahas paling pintar di zamannya. Imam Haramain turut merasa bangga dengan muridnya itu.

Walaupun kemasyhuran telah diraih Imam al Ghazali , beliau tetap setia terhadap gurunya sampai dengan wafatnya pada tahun 478 H. sebelum Al Juwaini wafat, beliau memperkenalkan imam al Ghazali kepada Nidzham Al Mulk, perdana menteri Sultan Saljuk Malik Syah, Nizam , adalah pendiri Madrasah al Nizamiyah. Di Naisabur ini Imam al Ghazali sempat belajar tasawuf kepada Abu Ali Al Faldl Ibn Muhammad Ibn Ali Al Farmadi (w.477 H/1084 M).


Setelah gurunya wafat, Al Ghazali meninggalkan Naisabur menuju negeri Askar untuk berjumpa dengan Nizam al Mulk. Di daerah namanya semakin popular dan disegani karena keluasan ilmunya. Pada tahun 484 H/1091 M, imam al Ghazali diangkat menjadi guru besar di madrasah Nidzhamiyah. Selama megajar di madrasah dengan tekunnya imam al Ghozali mendalami falsafah secara otodidak, terutama pemikiran al Farabi, Ibn Sina Ibn miskawih dan Ikhwan Al Shafa. Penguasaanya terhadap falsafah terbukti dalam karyanya seperti al maqasid falsafah tuhaful al falasiyah.


Pada tahun 488 H/1095 M, imam al Ghazali dilanda keraguan terhadap ilmu-ilmu yang dipelajarinya berkenaan hukum teologi dan falsafah sehingga beliau menderita penyakit selama dua bulan dan sulit diobati. Karena itu, imam al Ghazali tidak dapat menjalankan tugasnya sebagai guru besar di madrasah nidzhamiyah . Akhirnya beliau meninggalkan Baghdad menuju kota Damaskus, Syria. Di sana beliau melakukan uzlah, riyadah, dan mujahadah selama 2 tahun . Kemudian beliau pihdah ke Baitul Maqdis, Palestin , untuk melakukan ibadah yang serupa. Setelah itu tergerak hatinya untuk menunaikan ibadah haji dan menziarohi Maqam Rosulullah Saw.


Sepulang dari tanah suci, imam al Ghazali mengunjungi kota kelahirannya di Thus, di sinilah beliau tetap berkhalwat selama 10 tahun. Dalam masa itulah beliau menulis karyanya yang terkenal  Ihya ‘Ulumuddin.


MURID-MURIDNYA

Imam Al Ghazali mempunyai banyak murid, karena beliau mengajar di madrasah nidzhamiyah di Naisabur, diantara murid-murid beliau adalah :

1. Abu Thahir Ibrahim Ibn Muthahir Al- Syebbak Al Jurjani (w.513 H).
2. Abu Fath Ahmad Bin Ali Bin Muhammad Bin Burhan (474-518 H), semula beliau bermadzhab Hambali, kemudian setelah beliau belajar kepada imam Ghazali, beliau bermadzhab Syafi’i. Diantara karya-karya beliau al ausath, al wajiz, dan al wushul.
3. Abu Thalib, Abdul Karim Bin Ali Bin Abi Tholib Al Razi (w.522 H), beliau mampu menghafal kitab ihya’ ‘ulumuddin karya imam Ghazali. Disamping itu beliau juga mempelajari fiqh kepada imam Al Ghazali.
4. Abu Hasan Al Jamal Al Islam, Ali Bin Musalem Bin Muhammad Assalami (w.541 H). Karyanya ahkam al khanatsi.
5. Abu Mansur Said Bin Muhammad Umar (462-539 H), beliau belajar fiqh pada imam Al Ghazali sehingga menjadi ‘ulama besar di Baghdad.
6. Abu Al Hasan Sa’ad Al Khaer Bin Muhammad Bin Sahl Al Anshari Al Maghribi Al Andalusi (w.541 H). beliau belajar fiqh pada imam Ghozali di Baghdad.
7. Abu Said Muhammad Bin Yahya Bin Mansur Al Naisabur (476-584 H), beliau belajar fiqh pada imam Al Ghazali, diantara karya-karya beliau adalah al mukhit fi sarh al wasith fi masail, al khilaf.
8. Abu Abdullah Al Husain Bin Hasr Bin Muhammad (466-552 H), beliau belajar fiqh pada imam Al Ghazali. Diantar karya-karya beliau adalah minhaj al tauhid dan tahrim al ghibah.[15]

Hakikatnya Imam al Ghazali memiliki banyak murid. Bahkan diantara murid- murid beliau ramai yang menjadi ulama besar dan mengarang kitab.


KARANGAN


Karangan Imam Al Ghozali mencapai 300 kitab, diantaranya adalah :

1. Maqhasid al falasifah (tujuan para filusuf), sebagai karangan yang pertama dan berisi masalah-masalah filsafah.
2. Tahaful al falasifah (kekacauan pikiran para filusifi) buku ini dikarang sewaktu berada di Baghdad di kala jiwanya di landa keragu-raguan. Dalam buku ini Al Ghazali mengancam filsafat dan para filusuf dengan keras.
3. Miyar al ‘ilmi/miyar almi (kriteria ilmu-ilmu).
4. Ihya’ ulumuddin (menghidupkan kembali ilmu-ilmu agama). Kitab ini merupakan karyanya yang terbesar selama beberapa tahun ,dalam keadaan berpindah-pindah antara Damakus, Yerusalem, Hijaz, Dan Thus yang berisi panduan fiqih, tasawuf dan filsafat.
5. Al munqiz min al dhalal (penyelamat dari kesesatan) kitab ini merupakan sejarah perkembangan alam pikiran Al Ghazali sendiri dan merefleksikan sikapnya terhadap beberapa macam ilmu serta jalan mencapai tuhan.
6. Al-ma’arif al-aqliyah (pengetahuan yang nasional)
7. Miskyat al anwar (lampu yang bersinar), kitab ini berisi pembahasan tentang akhlak dan tasawuf.
8. Minhaj al abidin (jalan mengabdikan diri terhadap tuhan).
9. Al iqtishad fi al i’tiqod (moderisasi dalam aqidah).
10. Ayyuha al walad.
11. Al musytasyfa
12. Ilham al –awwam an ‘ilmal kalam.
13. Mizan al amal.
14. Akhlak al abros wa annajah min al asyhar (akhlak orang-orang baik dan kesalamatan dari kejahatan).
15. Assrar ilmu addin (rahasia ilmu agama).
16. Al washit (yang pertengahan) .
17. Al wajiz (yang ringkas).
18. Az-zariyah ilaa’ makarim asy syahi’ah (jalan menuju syariat yang mulia)
19. Al hibr al masbuq fi nashihoh al mutuk (barang logam mulia uraian tentang nasehat kepada para raja).
20. Al mankhul minta’liqoh al ushul (pilihan yang tersaing dari noda-noda ushul fiqih).
21. Syifa al qolil fibayan alsyaban wa al mukhil wa masalik at ta’wil (obat orang dengki penjelasan tentang hal-hal samar serta cara-cara penglihatan).
22. Tarbiyatul aulad fi islam (pendidikan anak di dalam islam)
23. Tahzib al ushul (elaborasi terhadap ilmu ushul fiqiha).
24. Al ikhtishos fi al ‘itishod (kesederhanaan dalam beri’tiqod).
25. Yaaqut at ta’wil (permata ta’wil dalam menafsirkan al qur’an).

WAFAT

Imam al-Ghazali wafat pada pagi Isnin, 14 Jamadilakhir 505H/19 Disember 1111M di Tus dengan kitab hadis di atas dadanya. Jenazah beliau dikebumikan di makam al-Tabaran, bersebelahan dengan makam penyair besar yang terkenal, Firdausi.

Maqam  Imam al-Ghazali yang sebenar telah dijumpai oleh para arkeologi Khurasan pada tahun 1995 di Tus.

Abul Fajar al-Jauzi dalam kitabnya mengatakan : Adik Imam al-Ghazali, Ahmad menceritakan saat menjelang ajal abangnya: “Pada waktu subuh hari Isnin, abangku Abu Hamid mengambil wuduk lalu bersolat. Kemudian beliau berkata: “Bawakan kain kapanku,” lalu diambil dan dicium serta diletakkan di mata sambil berkata lagi: “Aku patuh dan taat untuk masuk kepada malaikat.” Kemudian al-Ghazali mengunjurkan kakinya dan menghadap ke kiblat dan wafat sebelum matahari terbit.”

Diceritakan bahawa Syeikh Abul Hasan al-Syadzili bermimpi bahawa dia melihat Nabi s.a.w. menunjukkan Imam al-Ghazali kepada Nabi Musa dan Isa, sambil bertanya kepada kedua mereka :

 “Adakah terdapat orang alim yang bijaksana dalam umat anda berdua?” 

Jawab keduanya :

 “Tidak ada.”


AL FATIHAH


Wallohu Ta`alaa A`lam






MANAQIB MUSNID DUNYA SYEIKH MUHAMMAD YASIN ISA AL FADANI AL MAKKI RA ( 1916-1990 )



                     Musnid Dunya Al ‘Arif billah Syeikh Muhammad Yasin Al Fadani RA


Nama penuh beliau ialah Abu Faidh Muhammad Yasin Bin Isa Al-Fadani Al Makki ,dilahirkan pada tahun 1335 H/1916 M di daerah Padang,Indonesia .Syeikh Yasin murid yang sangat rajin dan tekun dalam menuntut ilmu dan belajar pada ulama , maka tidak hairan kalau beliau mempunyai banyak guru, diantara guru-gurunya adalah:


1. Syeikh Muhammad Ali bin Husain bin Ibrahim al-Maliky al-Makky
2. Syeikh Abi Ali Hasan bin Muhammad Massath al-Makky
3. Syeikh Umar bin Hasan Al-Mahrasi al-Maliky
4. SyeikhUmar Bajunaid (Mufti as-Syafi'iyah)
5. Syeikh Said bin Muhammad al-Yamani 
6. Syeikh Hasan Yamani
7. Syeikh Muhsin bin Ali al-Musawi al-Falembani al-Makky
8. Syeikh Abdullah Muhammad Ghozi al-Makky
9. Syeikh Ibrahim bin Dawud al-Fathoni al-Makky
10. Sayyid Alawy bin Abbas al-Maliky al-Makky
11. Sayyid Muhammad Amin Kutbi al-Makky
12. Syeikh Ahmad al-Mukhollalati al-Sami al-Makky
13. Syeikh Kholifah al-Hanadi al-Nabhani al-Bahraini al-Makky 
14. Syeikh Ubaidillah bin al-Islam al-Sindi al-Duyubandi
15. Syeikh Husain Ahmad al-Faidz Abbadi 
16. Syeikh Abdul Qodir bin Taufiq al-Halabi
17. Syeikh Muhammad Abdul baqi al-Laknawy al-Ansori
18. Syeikh Abdul hadi al-Midrasi

Mereka adalah sebagian dari guru-guru Syeikh Yasin dalam belajar kitab dan Ijazah Sanad Perawi hadist, dan masih banyak lagi guru-guru beliau, bahkan dalam ilmu Riwayat Sanad hadist beliau banyak menemui ulama-ulama dari berbagai Negara sampai 700 guru baik lelaki mahupun perempuan hanya demi mendapatkan Riwayat Sanad hadist.

KEHEBATAN :

Beliau seorang Ulama yang standing dengan nama seperti Imam Abu al-Taib Syamsyuddin al-‘Azim Abadi dan Syeikh Muhammad Khalil as-Saharanpuri.Syeikh al-Fadani bertemu dengan dua nama ini dalam satu senarai kerana mereka merupakan pengarang kitab Syarah Sunan Abu Daud,salah sebuah koleksi hadis yang mahsyur. Dalam dekad lima puluhan yang lalu,halaqah hadis Syeih Yasin Isa al-Fadani dibanjiri ramai penuntut dari dalam dan luar Mekkah,untuk mendengar kuliah hadis yang disampaikan oleh Syeikh Yasin serta memperolehi sanad hadis yang istimewa. Penuntut-penuntut dari Malaysia dan Indonesia juga tidak ketinggalan untuk turut bersaing dalam halaqah ini. 

Beliau pakar dalam bidang hadis,fiqh,usul fiqh dan ilmu falak.Kepakaran beliau dalam bidang hadis dapat dilihat pada gelaran para ulama pada beliau iaitu 

“Musnid Dunya”

Tokoh ini seorang ulama yang terkenal sebagai luas pengetahuannya dalam bidang 
hadis ,terutama dalam pengkhususan sanad dan musalsalat. Jesteru beliau diberi julukan Musnid al-‘Asr.) Pemegang seluruh sanad pada Zamannya ).Tidak terkejut jika Syeikh al-Fadani dikejar dan diburu oleh ulama musnid dari seluruh dunia untuk mendapatkan silsilahnya yang lebih tinggi. Kepentingan sanad dalam perawian hadis digambarkan oleh Imam Abdullah Ibn Mubarak rahimullah ta’ala sebagai keperluan untuk mempertahankan agama Islam 

itu sendiri.Sehubungan ini, beliau berkata :

ولو لا الاسناد لقل من شاء ما شاء                                          

الاسناد من الدين                                                    

“Tanpa sanad orang bebas bercakap apa yang disukainya , Sanad itu sebahgian daripada agama ,”

Sejarah mencatatkan para ulama hadis pernah merantau berbulan lamanya demi mendapatkan satu hadis menerusi sanad yang tinggi dan dipercayai ada di negeri –negeri tertentu,mereka sedia membelanjakan peruntukan yang besar,kadang-kadang hanya untuk mendapatkan satu hadis.

KARYA ILMIAH DAN KARANGANNYA


*Dalam ilmu Hadist:

1. Al-Durul al-Mandhut Sarah Sunan Abi Dawud 3 Jilid
2. Fatfu al-Allam Sarah Bulughu al-Maram 4 juz

*Ilmu Ushul Fiqh dan Qowaidul Fiqh :

1. Bughyatu al-Mustaq sarah Luma' Syeh Aby Ishaq 2 Juz
2. Hasiyah ala al-Ashbah wal al-Nadhoir fil furu' al- Fiqhiyyah lil-Suyuty
3. Tatmimu al-Duhul Takliqot ala Madkholi al-Wusul ila al- Ilmi al-Ushul
4 . Al-Durru al-Nadhid hawasyi ala kitab al-Tamhid lil-Asnawi Al-Fawaid al-Janiyyah hasiyah ala al-Mawahibu al-
Saniyyah ala qowaid al-Fiqhiyyah 
6. Ta'liqot ala al-luma' al-Syeh Abi Ishaq
7. Idhoatu al-Nur al-Lami' syarah al-Kaukabu al-Syathi' (nadhom) Jam'u al-Jawami'
8. Hasiyah ala al-Talattufi sarah al-Ta'arruf fi al-Ushul Fiqhi
9. Nailu al-Ma'mul hasyiah ala Lubbi al-Ushul wa sarkhihi
Ghoyatu al-Wushul


*Dalam berbagai ilmu :

1. Janiu al-Tsamar syarah Mandhumah Manazil al-Qomar 
2. Al-Muhtadhor al-Muhadzab fi Ihtihroji al-Auqat wa al- qobilah bi al-Rub'i al-Mujib
3. Al-Mawahibu al-Jazilah sarah Tsamratu al-Wasilah fi al- Falaki
4. Tastnifu al-Sam'i Muhtashor fi ilmi al-Wadh'i
5. Bulghotu al-Mustaq fi ilimi al-Istiqaq
6. Manhalu al-Ifadah hawasi ala Risalati al-Bahsi Lathosyi Kubri Zadah
7. Husnu al-Shiyaghoh syarah kitab Durusi al-Balaghoh
8. Risalah fi al-Mantiqi
9. Ithafu al-Kholan Taudhihu Tuhfatu al-Ikhwan fi Ilmi al- Bayan li al-Dardiri
10. Al-Risalah al-Bayaniyyah ala Thoriqati al-Sual wa al-Jawab


*Dalam Ilmu Riwayat Sanad

1. Madmahu al-Wujdan fi Asanidi al-Syeh Umar Hamdan 3 Juz
2. Ithafu al-Ihwan bi Ikhtishori Madmahi al-Wujdan 2 Juz
3. Tanwiru al-Bashirah bi Turuqi al-Isnad al-Syahirah
4. Faidzu al-Rahman fi Tarjamati wa Asanidi al-Syeh Kholifah bin Hamdi al-Nabhan
5. Al-Qaulu al-Jamil bi Ijazati al-Sayyid Ibrahim Aqil
6. Faidzu al-Muhaimin fi Tarjamati wa Asanidi al-Sayyid Muhsin
7. al-Maslak al-Jaly fi Tarjamati wa Asanidi al-Syeh Muhammad Aly
Al-Waslu al-Sati fi Tarjamatiwa Asanidi al-Sihab Ahmad al-Mukhollalati 
9. Asanidu Ahmad bin Hajar al-Haitami al-Makki
10. Al-Irsyadat fi Asanidi Kutub al-Nahwiyyah wa al-Shorfiyyah
11. Al-Ujalah fi al-Ahaditsi al-Musalsalah 
12. Asma al-Ghoyah fi Asanidi al-Syeh Ibrahim al-Khozami fi al-Qiroah
13. Asanidu al-Kutub al-Hadisiyyah al-Sab'ah
14. Al-Iqdu al-Farid min Jawahiri al-Asanid
15. Ithafu al-Bararah bi Ahadisi al-Kutub al-Hadisiyyah al- Asyrah
16. Al-Riyadz al-Nadzrah fi Ahadisi al-Kutub al-Hadisiyyah al- Asyirah
17. Ithafu al-Mustafid bi Nuri al-Asanid
18. Qurratu al-Ain fi Asanidi A'lamu al-Haramain 
19. Ithafu uli al-Himam al-Aliyyah bi al-Kalam ala al-Hadist al- Musalsal bi al-Awwaliyyah 
20. Waraqat fi Majmuati al-Musalsalat wa al-Awa'il wa Asanid al-Aliyyah 
21. Al-Durru al-Farid min Durari al-Asanid 
22. Bughyatu al-Murid min Ulumi al-Asanid 4 Jilid
23. Al-Muqtathaf min Ithafi al-Akabir bi Marwiati Abdul Qadir al-Shodiqi al-Makky
24. Ihtishor Riyadhi Ahli Jannah min Atsari Ahli Sunnah li Abdi al-Baqi al-Ba'li al-Hambali
25. Faidzu al-Ilah al-Aly fi Asanidi Abdul Baqi al-Ba'li al- Hambali
26. Arbauna Haditsan mi Arba'ina Kitaban an Arbaina Syaikhan
27. Al-Arba'una al-Buldaniyyah Arba'una Haditsan an Arba'ina Syaihan an Arba'ina Baladan
28. Arbauna Hadistan Musalsal bi al-Nuhad ila al-Jalal al- Suyuti 
29. Al-Salasilu al-Muhtarah bi ijazati al-Mu'arrih al-Sayyid Muhammad bin Muhammad Ziarah
30. Tidzkaru al-Masafi bi Ijazati al-Fahri Abdullah bin Abdul Karim al-Jarafi
31. Al-Nafhatu al-Makkiyah fi Al-Asanidi al-Makkiyah Ijazah li al-Nabighoh al-Khodhi Muhammad bin Abdullah al- Umari 
32. Fathu al-Rabbi al-Majid fima li Asyakhi min Fara'idi al- Ijazah wa al-Asanid 
33. Silsilatu al-Wuslah Majmu'ah Muhtarah min al-Ahadisti al- Musalsal 
34. Al-Kawakibu al-Darari bi ijazati mahmud Said mamduh al-hohiri
35. Faidhul Mabdi bi ijazati al-Syeh Muhammad Iwad Mankhos al-Zubaidi
36. Al-Faidhu al-Rahmani bi Ijazati Samahati al-Allamah al Kabir Muhammad Taqi al-Ustmani


TULISAN ATAU TA'LIQ BELIAU :

1. Nihayatu al-Mathlab ala al-Abbi fi Ulumi al-Isnad wa al-Adab
2. Risalatani ala Tsabati al-Amir (al-Durru al-Nadhir wa al-Raudhu al-Nadhir fi Majmu'i al-Ijazat bi Tsabati al-Amir) 
3. Risalati ala al-Awa'il al-Sunbuliyyah (al-Ujalah al-Makkiyyah wa al-Nafhatu al-Makiyyah )
4. Waraqat ala al-Jawahir al-Tsamin fi Arba'I an Hadistan min Ahadisti Sayyidi al-Mursalin, li al-Ajluni
5. Ithafu Albahi al-Sary ala Tsabati Abdul Rahman al-Kazbary 
6. Ta'liqat ala Kifayati al-Mustafid li al-Syeh al-Turmusy
7. Tahqiqu al-Jami' al-Hawi fi Marwiyati al-Syarqawi


Pengasas Madrasah Banat :

Kerana keprihatin beliau pada masyarakat Islam maka pada bulan Rabiulawal tahun 1362 H Syeikh Yasin merintiskan dan mendirikan Madrasah Ibtidaiyah banat atau putrid di Syamiyyak Makkah al-Mukaramah. Madrasah banat ini dari tahun ke tahun berkembang pesat, hal ini terbukti semakin banyaknya pelajar dan alumni,kerana Madrasah banat ini adalah yang pertama di kota Makkah bahkan di kerajaan Saudi Arabia.

WAFAT :

Syeikh Yasin Al Fadani wafat pada hari Kamis malam Jumaat pada 28 Dzulhijjah 1410 H/21 Julai 1990 M Beliau disolatkan di masjid al-Haram dan dimakamkan di pemakaman Mu'alla Makkah al-Mukarramah.


Manaqib Habib Ahmad Masyhur bin Toha Al Haddad






Baqiyyatus Salaf wa Sayyidul Khalaf, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad.


NASAB :

Habib Ahmad Masyhur bin Thaha bin ‘Ali bin ‘Abdullah bin Thaha bin ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad bin ‘Abdullah bin Thaha bin ‘Umar (adik bungsu kepada al-Imam ‘Abdullah al-Haddad) bin ‘Alwi bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah bin Muhammad al-Haddad bin ‘Alwi bin Ahmad bin Abi Bakar bin Ahmad bin Muhammad bin ‘Abdullah bin al-Faqih Ahmad bin ‘Abdurrahman bin ‘Alwi (Ammu al-Faqih) bin Muhammad Shahib Mirbath bin ‘Ali bin ‘Alwi Khali’ Qasam bin Muhammad bin ‘Alwi bin Ubaidillah bin Sayyidina al-Muhajir ilaLlah Ahmad bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad an-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far ash-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zain al-‘Abidin bin al-Hussin al-Sibth bin ‘Ali suami Fathimah al-Zahra’ binti Muhammad Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.

LAHIR: 

Dilahirkan di kota Qaidun yang terletak di Wadi Dau’an, Hadramaut sekitar tahun 1325H yang bersamaan dengan 1907M, oleh bondanya, Hababah Shofiyyah binti Thohir bin Umar al-Haddad. Ayahanda beliau, Habib Thoha bin ‘Ali bin ‘Abdullah al-Haddad adalah seorang waliyUllah yang khumul dan mastur, yang menghabiskan sebahagian besar usianya di Indonesia. Menjelang penghujung usia, barulah beliau kembali ke Hadramaut dan wafat disana. Bonda beliau, Hababah Shofiyyah adalah seorang ‘arifahbiLlah dan huffadz al-Quran.

MENUNTUT ILMU : 

Al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad mendapat pendidikan awal daripada bondanya, Hababah Shofiyyah. Suatu ketika, tatkala al-Imam al-Habib Hasan al-Atthas (wafat 1334H) berkunjung ke ribath Qaydun, Hababah Shofiyyah telah menyuruh anaknya, al-Habib Ahmad Masyhur yang ketika itu berusia sekitar 7 tahun, untuk melaksanakan sholat dibelakang al-Habib Ahmad bin Hasan bin Abdullah al-Atthas untuk mendapatkan keberkatan, kemudian al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas membacakan al-Fatihah baginya.


Seterusnya al-Habib Ahmad Masyhur mendapat pendidikan di Ribath Qaydun dari daripada dua ulama besar dari keluarga al-Haddad, pengasas kepada rubath tersebut iaitu Habib ‘Abdullah bin Thohir al-Haddad (wafat 1367H) dan saudaranya Habib ‘Alwi bin Thohir al-Haddad (wafat 1382). Di bawah dua ulama ini, Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad mendalami lagi pengetahuan agamanya dalam bidang fiqh, tauhid, tasawwuf, tafsir dan hadits. Dalam usia muda, beliau telah hafal al-Quran dan menguasai berbagai lapangan ilmu agama sehingga diberi kepercayaan untuk mengajar pula di rubath tersebut. Habib Ahmad yang tidak pernah jemu menuntut ilmu turut menangguk ilmu di Rubath Tarim dengan para ulama yang mengajar di sana, diantaranya al-‘Allamah al-Habib ‘Abdullah bin Umar asy-Syathiri (wafat 1361H), al-‘Allamah al-Habib ‘Abd al-Baari bin Syeikh al-Aidarus dan ramai lagi.


Tatkala usia Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad menginjak 20, beliau telah dibawa oleh gurunya Habib ‘Alwi bin Thohir al-Haddad ke Indonesia. Di sana selain berdakwah, beliau bertemu dan meneruskan pengajian dengan ramai lagi ulama dari kalangan Saadah ‘Alawiyyin di sana, antaranya al-Habib Muhammad bin Ahmad al-Muhdhar (wafat 1344H), al-‘Arifbillah al-Habib ‘Abdullah bin Muhsin al-Atthas (wafat 1351H), Al-‘Allamah al-Habib ‘Alwi bin Muhammad bin Thohir al-Haddad (wafat 1373H), al-‘Allamah al-Mu’ammar al-Habib ‘Ali bin ‘Abdurrahman al-Habsyi (wafat 1388H) dan ramai lagi. Kemudian al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad ke Mukalla untuk belajar kepada al-‘Arifbillah al-Habib Ahmad bin Muhsin al-Haddar. Beliau adalah antara guru yang banyak memberi kesan dari sudut rohani kepada al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad.


PERIBADI :

Beliau adalah seorang yang sentiasa menjaga wirid harian dan sholat-sholat sunnah. Tidak pernah meninggalkan sholat malam walaupun beliau dalam musafir. Pendekata, kehidupan yang beliau mencontohi kehidupan nendanya, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Setiap gerak geri, tuturkata dan senyuman beliau menyegarkan ingatan para pencintanya akan kehadiran Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Tiada yang melihat wajah beliau melainkan akan mengingati Allah. “Haibah” padanya menyebabkan orang yang melihat beliau berasa hormat, namun kelembutan dan hormatnya pada semua orang, melembutkan hati mereka yang hadir ke maslis beliau. Mereka akan terlupa segala masalah dan dapat menikmati pengalaman diterima oleh seseorang yang cukup hampir dengan Allah dan RasulNya. Beliau menghabiskan usianya dengan beribadah dan berdakwah mengajak manusia kepada agama Allah. Beliau seorang yang sedikit berbicara dan banyak berfikir. Tawanya hanyalah berupa senyuman. Beliau berbicara mengikut tingkat pemahaman seseorang. Beliau berusaha keras untuk duduk bersama mereka yang dhaif, sakit dan miskin sengsara.


DAKWAH : 

Pertama kali al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad mengembara ke Afrika Timur untuk berdakwah ialah pada tahun 1347H. Beliau memasuki walayah Zanzibar dan disambut dengan penuh penghormatan. Ketika itu di Zanzibar terdapat seorang ulama bernama al-Habib ‘Umar bin Ahmad bin Sumaith (foto sebelah). Pada bulan Ramadhan, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad tinggal di Masjid Jami’ dan mengajar tafsir al-Quran, bermula dengan surah al-Faatihah. Selama 25 hari beliau membicarakan tentang firman Allah: إياك نعبد وإياك نستعين. 


Pada tahun 1350/1 beliau kembali ke Afrika, dalam perjalanannya melaksanakan ibadah haji. Beliau memasuki pelabuhan utama Kenya, Mombasa. Sewaktu di Mombasa, beliau mendapat tahu mengenai al-Habib Sholih bin ‘Alwi Jamalullail (beliau di kenal dengan nama Habib Swalleh Jamallely oleh masyarakat tempatan) yang menetap di Lamu, Kenya. Beliaulah yang melaksanakan pembacaan Maulid Simtud Durar setiap tahun di Lamu, Kenya. Majlis maulid yang diselengara di di hadiri oleh masyarakat dari Malawi, Afrika Selatan, Mozambique, Pulau Komoro, Uganda, Somalia, Tanzania dan lain-lain (sehingga kini ianya masih diadakan dihadiri oleh ribuan orang).


Mendengar kehadiran al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad, Al-Habib Sholih Jamalulail mengutuskan anaknya ke palabuhan untuk menyambut al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad. Mereka bertemu dan bersama-sama menunaikan sholat dhuhur di Masjid al-Riyadh, Lamu. Sewaktu pertemuan ini al-Habib Sholeh bin ‘Alwi Jamalulail sudah berusia lebihkurang 80 tahun.


Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad menulis surat menceritakan keadaan di Afrika kepada guru beliau, al-Habib ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad di Indonesia. Beliau juga menceritakan pertemuan beliau dengan al-Habib Sholeh Jamalullail.
Setelah itu, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad kembali ke Kenya untuk meneruskan usaha dakwah dan menyebar risalah nendanya yang mulia, Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Beliau menetap di Mombasa, Kenya. Dan dari situlah beliau melancarkan dakwahnya ke seluruh pelosok benua Afrika.


Pada tahun 1375H (1955), beliau berhijrah pula ke Kampala, Uganda dan menetap di situ sekitar 13 tahun. Beliau mendapat bantuan dan bimbingan dari al-‘Arifbillah al-Habib Umar bin Ahmad bin Sumaith yang menetap di Zanzibar. Al-Habib Umar bin Ahmad bin Sumaith sering menjunjungi al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad di Kenya. Dan pada tahun 1376H, beliau menziarahi al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad di Kampala.


Habib Ahmad dengan sungguh-sungguh dan gigih memanfaatkan masa dan tenaga beliau untuk berdakwah menyeru umat kepada agama yang diredhai Allah walaupun beliau terpaksa meredah hutan dan merentasi gurun untuk sampai ke perkampungan-perkampungan di Afrika seperti kawasan daerah Aqzam, sebuah kawasan pendalaman yang terpencil di Conggo. Dan hasil dari kegigihan dan kesungguhan beliau berdakwah, sepanjang berada di bumi Afrika, ratusan ribu yang memeluk agama Islam ditangan beliau.


Di samping itu beliau turut mengorbankan harta bendanya untuk agama dengan membangunkan banyak masjid dan madrasah dalam rangka dakwahnya di sana. Untuk memudahkan usaha dakwahnya, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad mempelajari bahasa Swahili iaitu bahasa yang digunakan oleh penduduk Timur Afrika. Di dalam bergaulan hariannya, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad mengunakan bahasa Swahili untuk berkomunikasi. Namun di majlis-majlis umum beliau mengunakan bahasa ‘Arab untuk menyampaikan ceramah. Ini adalah kerana bahasa ‘Arab adalah bahasa al-Quran dan bahasa yang digunakan oleh nenda beliau, Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Hal ini beliau lakukan untuk menegaskan betapa penting dan mulianya bahasa ‘Arab. Pada tahun 1389H, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad kembali dari Uganda ke Kenya, dan kemudiannya menetap di sana. Beliau setiap tahun mengerjakan ibadah haji.


Ulama ahlulbait ini telah menaburkan jasa yang sangat besar di Afrika Timur. Menurut Syeikh Yahya Rhudus, beliau telah mengislamkan lebih dari 300,000 orang selama berdakwah di bumi Afrika Timur. Dan ada yang mengatakan bahwa beliau telah mengislamkan lebih dari 500, 000 orang. Tidak syak lagi ini adalah salah satu karomah yang Allah anugerahkan kepada beliau.


KARANGAN :

Biarpun sibuk dengan berdakwah dan mengajar, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad juga ada menulis. Diantara kitab-kitab karangan beliau tulis adalah:

  • Miftahul Jannah (merupakan kitab beliau yang paling masyhur. Telah diterjemahkan oleh murid beliau, Syeikh Musthafa Hasan al-Badawi ke dalam bahasa Ingeris dan ianya tersebar luas di Eropah. Juga ada diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia);

  • Majmu` Fatawa;

  • Syarh Nadzam Sa`id bin Nabhan;

  • Ad-Durratun Nafi`ah;

  • As-Sabhatuts Tsamina

  • Al-Maslak al-Faa`ih fi Ahkam ash-Shoid wa adz-Dzabaa`ih

  • Risalah fi Tadwin as-Sunnah an-Nabawiyyah


Di samping itu, beliau turut meninggalkan beberapa rangkaian ucapan sholawat yang indah dan penuh asrar dan keberkatan. Antara sholawat gubahan al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad adalah satu sholawat yang menyebut penciptaan Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. daripada nur kepunyaan Allah, yang berbunyi:-




MAKSUD :

Wahai Allah, Tuhan sumber cahaya alam semesta
Limpahkan sholawat atas Junjungan yang Engkau cipta
Dari nur milikMu ciptaan indah tiada tara
Dan ampunilah aku serta sinarilah hatiku yang alpa
Dengan makrifatMu terang bercahaya
Juga dengan makrifatnya akan diriMu yang Maha Mulia
Atas keluarga serta sahabat baginda limpahkanlah sama Limpahan sholawat dan salam sejahtera


Juga diceritakan oleh al-Quthub al-Habib Hasan bin 'Abdullah al-Haddad rahimahUllah bahawa sepanjang tempoh 40 hari sebelum wafatnya Imam al-Haddad rahimahUllah, beliau banyak berzikir dengan dua kalimah tasbih :



  " سبحان الله وبحمده , سبحان الله العظيم" 

 Pasti pilihan Habib Ahmad Masyhur untuk memperbanyakkan hari-hari akhirnya di muka bumi yang fana ini dengan ucapan tersebut punya rahsia yang tertentu. Sesungguhnya, dua lafaz tasbih tersebut merupakan suatu lafaz zikir yang jami` menghimpunkan ganjaran dan balasan yang tidak terkira-kira. 

WAFAT : 

Pada penghujung hayatnya, Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad sering berulangalik daripada Afrika ke Makkah dan Madinah. Tatkala usia beliau semakin lanjut, beliau memilih untuk menetap di Jeddah bersama ahli keluarga beliau. Pada hari Rabu, 14 Rajab 1416H bersamaan 6 Disember 1995M, di Jeddah dalam usia menghampiri 90 tahun, beliau kembali kerahmatullah. Jenazah beliau disholatkan di Jeddad diimamkan oleh Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani (al-Marhum) dengan kehadiran alHabib ‘Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf.Jenazah beliau yang mulia kemudiannya telah dibawa ke Makkah dan disholatkan sekali lagi di hadapan Ka’bah al-Musyarrafah sebelum dimakamkan di Hauthah Saadah al-‘Alawiyyin di Jannatul Ma’la.

Moga Allah sentiasa mencucuri rahmat dan keredhaanNya ke atas Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad serta para leluhurnya. Allahumma aamiin .. al-Fatihah.








Manaqib Al Qutb Al 'Arif Billah Habib Abdul Qader As Saggaf RA


                           




                           Al Qutb Al 'Arif Billah Habib Abdul Qader As Saggaf RA
                          Salah seorang yang sampai kepada maqam Wali Qutub




     
 Nama 'ulama besar yang kita cintai ini ialah Al Qutb Al ‘Arif Billah Habib ‘Abdul Qadir bin Ahmad bin ‘Abdurrahman bin ‘Ali bin ‘Umar bin Saqqaf bin Muhammad bin ‘Umar bin Thoha as-Saqqaf seterusnya bersambung nasabnya kepada Sayyidul Wujud Muhammad   صلى الله عليه وآله وسلم .

Dilahirkan di kota Sei`un (سيؤن) atau Seiwun, Hadramaut pada bulan Jumadilakhir 1331H/1913M. Beliau lahir dari keluarga yang soleh. Ayah beliau iaitu Habib Ahmad bin ‘Abdurrahman bin ‘Ali bin ‘Umar bin Saqqaf bin Muhammad bin ‘Umar bin Thoha as-Saqqaf, adalah seorang ulama ‘arifbillah. Begitu juga dengan ibu beliau, Syarifah ‘Alawiyyah binti al-Habib Ahmad bin Muhammad al-Jufri, seorang wanita solehah yang cinta pada kebajikan.

Ayah beliau Habib Ahmad As Saggaf merupakan seorang ulama terkemuka di Hadhramaut yang merupakan murid kepada al-‘Arifbillah Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi, pengarang kitab Maulid Simthud Durar dan Habib ‘Ali al-Habsyi pernah berkata: Al-Habib Ahmad bin ‘Abdurrahman adalah Imam Wadi al-Ahqaf (Hadhramaut). Ayah beliau wafat setelah menunaikan sholat ‘asar, petang hari Sabtu, 4 Muharram 1357. Manakala ibu beliau wafat pada 23 Rejab 1378 H iaitu bersamaan dengan hari kewafatan  al-Habib Salim bin Hafidz bin ‘Abdullah, iaitu datuk Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz Ba ‘Alawi.


( Isyarat daripada Habib ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi soheb Simtud Duror )

     Ketika ibu beliau sedang mengandung dan melahirkan bayi lelaki, bayi tersebut telah diberi nama ‘Abdul Qadir atas isyarat daripada al-Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi, namun tidak lama kemudian bayi tersebut meninggal dunia. Tatkala Syarifah ‘Alawiyyah mengandung lagi dan melahirkan seorang bayi lelaki, Habib ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi juga mengisyaratkan agar bayi tersebut diberi nama Abdul Qadir. Dan Habib ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi mengatakan bahwa bayi ini kelak akan menjadi orang yang mulia yang mengabdikan hidupnya untuk taat kepada Allah dan menjadi seorang yang dihiasi dengan ilmu, amal dan ihsan.


( Pendidikan )

Habib ‘Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf mendapat pendidikan dari ayah beliau sendiri. Menurut cerita yang disampai Baba ‘Abdul Aziz ( seorang tokoh ulama Kelantan ) yang berpeluang menziarahi beliau sewaktu menunaikan umrah tahun lepas, beliau berkata: “Habib al-Qadir bin Ahmad as-Saqqaf, telah mengkhatam ratusan buah kitab ketika usianya masih belasan tahun di bawah didikan ayah beliau sendiri.

Selain daripada belajar dengan ayahnya,  beliau juga belajar dari ramai ulama lain, antaranya:

• Syeikh Taha bin Abdullah BaHamid.
• Syeikh Hasan bin ‘Abdullah BaRaja, ketika di Madrasah an-Nahdhatul ‘Ilmiyyah.   Dari guru beliau ini, beliau menghafal al-Quran serta menguasai Qira’ah as-Sab’ah.
• Al-Habib Umar bin Hamid bin Umar As-Saqqaf
• Al-Habib ‘Umar bin ‘Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf
• Al-Habib ‘Abdullah bin Aidarus al-Aidarus
• Al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Habsyi
• Al-Habib Hussin bin ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Habsyi
• Al-Habib ‘Abdul Baari bin Syeikh al-Aidarus
• Al-Habib Muhammad bin Hadi as-Saqqaf (foto atas)
• Al-Habib ‘Abdullah bin Umar bin Hamid as-Saqqaf
• Al-Habib Hasan bin Ismail bin as-Syeikh Abi Bakar bin Salim
• Al-Habib Hamid bin ‘Alwi al-Bar dan ramai lagi


( Murid-murid beliau )

Beliau adalah guru kepada ramai ulama. Tambahan lagi beliau dikurniakan Allah dengan umur yang panjang, maka ramailah ulama yang dapat mengambil faedah dari beliau. Antara murid-murid beliau yang ramai itu :
• as-Sayyid Muhammad bin 'Alawi al-Maliki رضي الله عنه وأرضاه
• Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Sumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته
• Al-Habib Salim bin ‘Abdullah bin ‘Umar asy-Syathiri حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته
• Al-Habib Abu Bakar al-Adni bin ‘Ali al-Masyhur حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته
• Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته
• Al-Habib ‘Ali bin ‘Abdurrahman al-Jufri حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته
• Al-Habib Muhammad bin ‘Abdurrahman as-Saqqaf حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته

( Berdakwah dan menyebarkan ilmu )

Setelah kewafatan ayahnya, beliau meneruskan usaha untuk menyebarkan ilmu dan dakwah. Namun apabila Yaman Selatan dikuasai oleh regim komunis, maka keadaan bertukar menjadi sukar. Para ‘alim-ulama tiada lagi kebebasan untuk berdakwah. Dan mereka dijadikan sasaran kekejaman regim komunis.

Pada bulan Rabi’ ats-Tsani tahun 1393H, beliau pergi ke Aden dan tinggal di sana selama sebulan. Setelah itu beliau keluar dari tanah airnya yang dikuasai komunis untuk ke Singapura. Pada bulan Jumadilawwal 1393H, beliau pergi ke Indonesia.

Dari Indonesia, beliau seterusnya ke Makkah dan menetap di sana. Seterusnya meneruskan rehlah dakwahnya ke Lubnan, Syria, Mesir, Nairobi, Kenya, Juzur al-Qamar (Comoros) dan Tanzania. Kemudian kembali ke Kenya dan seterusnya pada bulan Ramadhan 1394H beliau kembali semula ke Makkah dan menetap di Jeddah. Selepas itu beliau gigih dan tekun menjadi pengasuh majlis-majlis ilmu di Makkah, Madinah dan Jeddah. 


( Keperibadian )

Beliau adalah seorang yang sangat  ‘alim, wara, ‘abid, dan berakhlak mulia. Ketinggian akhlaknya mampu menawan hati sesiapa sahaja. Kedalaman dan keluasan ilmunya, kewarakannya, kebijaksaannya dalam menyampaikan ilmu dan dakwah menyebabkan beliau dicintai dan dihormati. Pendek cerita, beliau mewarisi sifat-sifat datuknya yang mulia, Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Diceritakan bahwa Hamka pernah menziarahi beliau sewaktu di Jeddah, dan setelah berbicara dengan beliau, akhirnya Hamka mengakui bahawa Baitun Nubuwwah Bani Zahra min Ali masih wujud dan berkesinambungan dalam darah para saadah Bani Alawi.

Mengenai kedalaman ilmunya, diceritakan oleh bapa sudara  Habib Sholeh Al Aydrus bahwa Habib ‘Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf pernah menjadi rujukan ‘Ulama al-Azhar disekitar tahun 70an dahulu.



MasyaAlloh!


( Kewafatan )

Beliau  wafat pada hari Ahad, 19 Rabi’al-Akhir 1431H bersamaan 4 April 2010, di Jeddah pada usia 100 tahun. Dan dimaqamkan di Baqi'.
  



QASIDAH ULAMA TERHADAP BELIAU :


ياوارد البحر الذي فيه الدرر توجد * أورد فهذا بحر عبد القادر بن احمد

سليل بيت المجد زاكي الأصل والمعتد *وخليفة الاجداد

عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد

كم كنت أتمنى أشاهد منه ذا المشهد * لي فيه أنوار النبي والآل تتوقد
وفيه كم من ألوية للأولياء تعقد * وتقام به الاعياد

عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد

وفيه اسرار المهاجر والفقيه الجد * واولاده السقاف والمحضار حامي الحد
والشيخ ابو بكر الذي فيض العطا يمتد *منه إلى الأولاد

عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد

هم اللي اعتنوا به في الصغر من ساعة المولد * واعطوه من اسرارهم مايطلبه وأزيد
وعليه يتعنى بنا في اليوم ذا والغد * يقسم لنا في الزاد

عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد

هم قدوتي وعقيدتي والسول والمقصد * قبل اياديهم دواما عبر هذه اليد
واستشعرن الجمع تم كله في المفرد *بالنص والاسناد

عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد

دركاه شوني فوق جرف يكاد ان ينهد * لي مايجرونه هله مابيجره حد
حاشا تحيلوني إلى سعدون أومسعد * مامنهم إنقاذ

عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد




***********************************************************************************************



اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

الفاتحة إلى حضرة النبي محمد صلى الله عليه وآله وسلم وإلى روح سيدنا الحبيب عبد القادر بن أحمد السقاف وأصوله وفروعه وتلامذته والمنتسبين إليه أجمعين، أن الله يعلي درجاتهم في الجنة ويكثر من مثوباتهم ويضاعف حسناتهم ويحفظنا بجاههم وينفعنابهم ويعيد علينا من بركاتهم وأسرارهم وأنوارهم وعلومهم ونفحاتهم في الدين والدنيا والآخرة –

 الفاتحة